Monday, September 3, 2012

Lintasan Hati Itu Untuk Kamu

Assalamualaikum...

Berbulan-bulan, bertahun-tahun saya melenyapkan diri dari dunia blogging. Tiba-tiba muncul tanpa amaran, saja nak kasi surprise. AWWWCAAKKK ! Terkejut tak? Terkejut tak? (kalau takmau layan, takpe bye.)

Entry2 zaman muda-mudi dulu pun saya dah delete habis, memang wash through habis la. Entah, kurasa seperti mahu membina hidup yang baru, eh eh. Haha.

Berkaitan tajuk di atas, saya sebenarnya dah lalui satu fasa yang amat besar dalam hidup saya sebagai seorang hamba kepada Allah. Mungkin sebab semua perubahan yang saya lalui ni, sampaikan nama blog dan Twitter username saya tukar, gambar2 di facebook didelete, termasuk entry entry lama dalam blog ni.

Untuk saya masuk dari fasa kehidupan saya yang biasa kepada satu fasa kehidupan yang luar biasa, tempoh masa percubaan dan ujian demi ujian Allah datangkan kepada saya & bukannya sekejap, tapi sekurang-kurangnya dua tahun masa diperlukan untuk saya betul-betul jadi macam sekarang.

Tahun 2011 (tingkatan 4), dalam waktu pertengahan tahun, saya selalu cakap pada diri saya "Berubah la, tinggalkan semua keseronokan dunia." Dan lintasan hati untuk berubah tu selalu datang pada masa-masa yang tak terjangka. Tapi saya tak pernah istiqamah untuk betulkan akidah dan akhlak saya. Hanya Allah yang tahu keadaan diri saya, seorang Nadhirah pada masa tu.

Masuk tahun 2012 (tingkatan 5), rasa untuk berubah makin kuat. Saya selalu rasa cemburu bila nampak orang yang bertudung labuh, pelajar sekolah agama, hafiz hafizah. Entah, sebelum ni saya tak pernah pun cemburu dengan golongan2 ni, pandang biasa2 je.

Bila saya pergi ke satu sekolah untuk pertandingan under Majlis Tilawah Al Quran, saya duduk dalam masjid sekolah tu sambil tunggu waktu pengumuman. Masa tu la saya terpandang sorang pelajar lelaki yang buta dan tengah tunggu masa untuk pertandingan HAFAZAN. Allah...Subhanallah....saya tak faham kenapa saya rasa sebak sangat2 masa tu. Saya doakan dia dalam diam.

Lepas tu datang sorang pelajar perempuan bertudung labuh depan saya. Serentak dengan waktu saya nampak dia, saya terus rasa sejuk & semua perasaan gementar saya hilang tiba-tiba. Macam terpana tiba-tiba yang saya pun tak pasti kenapa. Saya rasa macam ada satu hembusan angin sejuk dekat saya, Subhanallah...

Tapi saya masih tak pernah nak mulakan walau satu langkah ke arah perubahan dalam hidup saya. Cuma rasa dalam hati yang makin kuat. Saya teruskan hidup macam biasa. Sampai la ke satu kemuncak yang terus ubah saya sesungguh-sungguhnya.

Saya hadir ke Kem Solat anjuran sekolah saya dan ustaz tu tayangkan satu video tentang pemancungan sorang pesalah dekat Arab Saudi rasanya (hukum hudud la). Video tu takda bunyi suara manusia pun, cuma background music yang agak gerun untuk saya.

Sepanjang video tu ditayangkan (dalam 10 minit), saya cuma tunduk dan istighfar sampai kering mulut. Saya menggeletar satu badan & tiba-tiba je menangis. Masa tu saya sedar yang tu la kali pertama saya menangis sebab takutkan azab Allah. Bukan sebab saya takut dengan video pancung tu, saya cuma terbayang kalau la masa tu saya ada depan Allah dan Allah kata "Neraka" untuk saya....Allahhuakbar.....Naudzubillah.....

Balik dari Kem Solat tu, saya terus ubah jiwa saya yang selama ni saya abaikan. Tapi masih belum drastik. Boleh saya kategorikan peringkat biasa-biasa jugak la. Tapi saya doa pada Allah untuk istiqamahkan saya.


Satu hari, saya dapat tau ada sorang warga sekolah saya yang dah keluar dari situ. Saya balik rumah, terus menangis. Mungkin sebab peribadi dia mencerminkan satu corak kehidupan yang saya nak. So, bila dia dah tak ada, saya macam hilang arah. Saya doa pada Allah untuk kembalikan dia, cukuplah setakat depan mata saya. Tapi Allah tunjukkan pada saya, yang perlu berubah tu diri saya sendiri, bukan setakat pergi cermin diri depan orang lain dan harapkan dia adalah saya.

Saya hentikan segala pergantungan saya pada manusia, saya beralih pada Allah. Ya, Allah. Yang selama ni saya abaikan, yang selama ni saya tinggalkan, yang selama ni melimpahkan segala kasih sayang dan nikmat tanpa batasan untuk saya tapi DIA jugak yang saya pinggirkan. Allah tunggu, Allah bagi waktu untuk saya kembali pada DIA semula.

Tak pernah walau sekali Allah hilangkan segala kasih sayang untuk saya dalam dunia ni. Tak pernah Allah tinggalkan saya dalam kesusahan. Tak pernah Allah ambil balik segala nikmat yang DIA kurniakan. Tak pernah. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah, Allah tak arahkan malaikat untuk cabut nyawa hamba-Nya yang lupa diri ni.

Allah tunggu saya untuk kembali semula pada DIA. Tunggu waktu untuk saya letakkan sepenuh pergantungan kepada-Nya. Tunggu waktu saya alihkan segala cinta saya pada-Nya. Inilah, KEKASIH YANG AGUNG. Setiap kali solat, automatik air mata ni jadi murah. Allah...tak pernah saya alami perasaan macam ni. Semua perasaan bercampur baur sampai tak tertanggung rasanya.

Saya terbaca satu entry dari sorang rafik. Dia tanya pada sorang kakak tentang macam mana dia boleh nak istiqamah untuk berpurdah. Dan ni jawapan kakak tu.

"Akak fikir satu je,akak nak tinggalkan dunia dan cari cinta Allah.Dalam dunia ni banyak sangat manusia yang baik,yang beriman.Akak nak sangat Allah pandang akak.Ya Allah tolonglah pandang aku!"
boleh baca full entry di sini .

Lepas saya baca, air mata saya mencurah macam air terjun Niagara Falls. Subhanallah, saya pun nak Allah pandang saya. Saya pun nak jugak cinta Allah. Saya nak Allah. Subhanallah Subhanallah...masa ni betul-betul terasa besarnya nikmat bila saya ada Allah dalam hidup saya. Allah segala-galanya.


Saya nekad.


Alhamdulillah saya berpeluang menyambut Ramadhan tahun ni dengan tangisan hidayah. Saya berpeluang mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah2 sunat yang belum pernah saya buat sebelum ni. Saya berpeluang berpisah dengan Ramadhan dalam tangisan kesedihan. Saya berpeluang menangis di hadapan Allah. Dan ni la kali pertama saya betul-betul rasa sambutan Raya sebagai "HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM".

Allah, terima kasih. Terima kasih kerana mengembalikan hamba-Mu ini pada-Mu semula sebelum aku dikembalikan melalui Malaikat Izrail. Subhanallah walhamdulillah....semua pekerjaan hamba-Mu ini terasa benar-benar lancar seolah-olah telah engkau angkatkan segala penghalang di hadapanku. Pertama kali rasa tenang macam ni sebab semuanya saya kembalikan pergantungannya pada Allah.


Tujuan saya kongsikan pengalaman saya kat sini bukan nak mengada-ngada atau nak buat novel sedih.Saya tak reti pun. Cuma saya nak nasihatkan kalau-kalau ada lintasan hati untuk berubah dari kehidupan kita yang sekarang ke arah yang lebih baik, berubahlah.


"Kerana lintasan hati itu untuk kamu"





Wassalam...

23 comments:

syamirafirdaus said...

Subhanallah !!
adik , akk menangis baca entry adik ni . ya mmg benar , HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM !!!! Akk bangga sangt pd adik krn berjaya tegakkan kemahuan dan kebnaran yand adik mahu ! subhanallah . Adik , tlong doakan akk . semoga akk akn brubah spenuhnya satu hari nt . adik , terima kasih banyak2 (:

nananiena said...

assalamualaikum .. saya tertarik dengan entry awak... sangat menyentuh hati saye.. saye juge pnh mengalami pekare macma 2. terdetik untuk pakai tudung labuh.. ingin mendekatti diri kepada Allah.. tp saye selalu lalai... ingin berubah tp saya terlalu kerdil dalam ilmu agama islam... tkot diperkata orang, 'pakaian sahaja menutup aurat tp ilmu agama islam kurang'..

Nadhirah AR said...

S Y A M I R A : Allahu subhanallah...entry ni cuma satu pendorong dari Allah untuk kuatkan akak dalam beristiqamah untuk berubah. Saya cuma perantara saja. Insyaallah, takkan pernah putus saya doakan, semoga akak menjadi wanita yang lebih solehah dari saya. Amin Ya Rabb :)

Nadhirah AR said...

nananiena : Yang akan dinilai di sisi Allah nanti bukan berapa banyak ilmu kita, tapi apa amalan2 yang kita buat dengan ilmu2 yang Allah bagi tu. Ya, manusia memang tak boleh lari dari menghakimi orang, dorang lupa yang Allah tu satu-satunya pengadil kita. Untuk istiqamah berubah, bukannya setakat satu hari, mintaklah Allah tetapkan hati saudara untuk sentiasa dilorongkan ke jalan-Nya. Semoga berjaya meraih syurga-Nya ya :)

nananiena said...

nadhirah terime kasih ye.. insyaallah..

Nadhirah AR said...

nananiena : 'Afwan :)

Asyraf Hilmi said...

Tahniah kerana Allah pilih untuk diberi hidayah. Cinta kepada Allah adalah nikmat yang tiada ternilai harganya. Mohon kepada Dia agar sentiasa istiqomah dalam hidup.

Nadhirah AR said...

AcidCitric : Alhamdulillah nikmat terbesar yang tiada tandingannya. Semoga hati-hati kita semua sentiasa dilorongkan ke arah-Nya, Insyaallah :)

Unknown said...

Alhamdulillah. syukran adek diberi hidayahNya lebih awal. dan syukur jugak pada Dia sebab menjadikan lintasan hati itu jugak realiti utk akak. Alhamdulillah, dah xthu nak ckp ape. InsyaAllah same2 improve diri lagi.

Nadhirah AR said...

zuk zuhaiza : Alhamdulillah, semoga halawatul iman itu sentiasa mengiringi kehidupan kita di dunia. Indah kan rasa hati berlandaskan Yang Maha Pencipta ni? Subhanallah subhanallah :)

kay_are said...

rase nye bile tengok url blog tu, kenal lagi budak kecik ni.. tapi waah.. lain nye sekarang.. dulu gile2 je entri tu.. bgus r dah berjaya berubah kepada sesuatu yang lebih baik ye.. teruskan ok.. kagum =)

Nadhirah AR said...

kay_are : Alhamdulillah, ingat lagi :) Haha gila2 ke? Malu la pulak bila ingat entry gedik2 dulu, ish....Tapi saya tak berubaha mana pun, cuma usaha nak jadi lebih baik je. Doakan "budak kecik" ni ye :)

mirmashi94 said...

kita sebaya. tapi ternyata awak dah jauh meninggalkan saya. teringat maksud ayat Quran, berlumba-lumba lah kamu ke arah kebaikan. saya dah tekad. saya akan kejar awak, dan saya akan pegang tangan awak, supaya kita beriringan mencari redha Allah. :) doakan saya ^^

salam ukhuwah ukhti. semoga istiqamah. your story touched my heart. ;D

#thelagidanlagi said...

biar mati adat , jangn mati iman.
#mogaistiqamahdanistikhlas!

Unknown said...

Ya Allah,menitis air mata saya .. Alhamdulilah :)

Admin said...

subhanallah,
moga mendapat kebahagiaaan dunia akhirat.. :)

Nadhirah AR said...

mirmashi94 : Allahu...touching betul baca komen ukhti. Insyaallah, sekarang pun saya pegang tangan ukhti. Sama-sama berubah dan raih redha-Nya :)

Nadhirah AR said...

#thefikirman : Allahhumma Ameen :)

Nadhirah AR said...

Amna for short : Alhamdulillah, segalanya dari Allah ^.^

Nadhirah AR said...

ahsfantasy24 : Amin :)

Anonymous said...

assalamualaikum ye sauadari .alhamdullilah..aku punya kawan sebegini.syukur..aku menangis di ats cerita hang nih.like always..im always touching . so ..i cry...

Bella said...

Alhamdulillah. We never know what Allah arrange for us in the future. May Allah bless.

Mama said...

Assalamualaikum....walaupun entry ni dh lma tp akak suka baca entry ni...bagus utk menguatkan hati2 mereka yg ingin berubah....insyaAllah...moga Allah merahmati kita ....