Berbulan-bulan, bertahun-tahun saya melenyapkan diri dari dunia blogging. Tiba-tiba muncul tanpa amaran, saja nak kasi surprise. AWWWCAAKKK ! Terkejut tak? Terkejut tak? (kalau takmau layan, takpe bye.)
Entry2 zaman muda-mudi dulu pun saya dah delete habis, memang wash through habis la. Entah, kurasa seperti mahu membina hidup yang baru, eh eh. Haha.
Berkaitan tajuk di atas, saya sebenarnya dah lalui satu fasa yang amat besar dalam hidup saya sebagai seorang hamba kepada Allah. Mungkin sebab semua perubahan yang saya lalui ni, sampaikan nama blog dan Twitter username saya tukar, gambar2 di facebook didelete, termasuk entry entry lama dalam blog ni.
Untuk saya masuk dari fasa kehidupan saya yang biasa kepada satu fasa kehidupan yang luar biasa, tempoh masa percubaan dan ujian demi ujian Allah datangkan kepada saya & bukannya sekejap, tapi sekurang-kurangnya dua tahun masa diperlukan untuk saya betul-betul jadi macam sekarang.
Tahun 2011 (tingkatan 4), dalam waktu pertengahan tahun, saya selalu cakap pada diri saya "Berubah la, tinggalkan semua keseronokan dunia." Dan lintasan hati untuk berubah tu selalu datang pada masa-masa yang tak terjangka. Tapi saya tak pernah istiqamah untuk betulkan akidah dan akhlak saya. Hanya Allah yang tahu keadaan diri saya, seorang Nadhirah pada masa tu.
Masuk tahun 2012 (tingkatan 5), rasa untuk berubah makin kuat. Saya selalu rasa cemburu bila nampak orang yang bertudung labuh, pelajar sekolah agama, hafiz hafizah. Entah, sebelum ni saya tak pernah pun cemburu dengan golongan2 ni, pandang biasa2 je.
Bila saya pergi ke satu sekolah untuk pertandingan under Majlis Tilawah Al Quran, saya duduk dalam masjid sekolah tu sambil tunggu waktu pengumuman. Masa tu la saya terpandang sorang pelajar lelaki yang buta dan tengah tunggu masa untuk pertandingan HAFAZAN. Allah...Subhanallah....saya tak faham kenapa saya rasa sebak sangat2 masa tu. Saya doakan dia dalam diam.
Lepas tu datang sorang pelajar perempuan bertudung labuh depan saya. Serentak dengan waktu saya nampak dia, saya terus rasa sejuk & semua perasaan gementar saya hilang tiba-tiba. Macam terpana tiba-tiba yang saya pun tak pasti kenapa. Saya rasa macam ada satu hembusan angin sejuk dekat saya, Subhanallah...
Tapi saya masih tak pernah nak mulakan walau satu langkah ke arah perubahan dalam hidup saya. Cuma rasa dalam hati yang makin kuat. Saya teruskan hidup macam biasa. Sampai la ke satu kemuncak yang terus ubah saya sesungguh-sungguhnya.
Saya hadir ke Kem Solat anjuran sekolah saya dan ustaz tu tayangkan satu video tentang pemancungan sorang pesalah dekat Arab Saudi rasanya (hukum hudud la). Video tu takda bunyi suara manusia pun, cuma background music yang agak gerun untuk saya.
Sepanjang video tu ditayangkan (dalam 10 minit), saya cuma tunduk dan istighfar sampai kering mulut. Saya menggeletar satu badan & tiba-tiba je menangis. Masa tu saya sedar yang tu la kali pertama saya menangis sebab takutkan azab Allah. Bukan sebab saya takut dengan video pancung tu, saya cuma terbayang kalau la masa tu saya ada depan Allah dan Allah kata "Neraka" untuk saya....Allahhuakbar.....Naudzubillah.....
Balik dari Kem Solat tu, saya terus ubah jiwa saya yang selama ni saya abaikan. Tapi masih belum drastik. Boleh saya kategorikan peringkat biasa-biasa jugak la. Tapi saya doa pada Allah untuk istiqamahkan saya.
Satu hari, saya dapat tau ada sorang warga sekolah saya yang dah keluar dari situ. Saya balik rumah, terus menangis. Mungkin sebab peribadi dia mencerminkan satu corak kehidupan yang saya nak. So, bila dia dah tak ada, saya macam hilang arah. Saya doa pada Allah untuk kembalikan dia, cukuplah setakat depan mata saya. Tapi Allah tunjukkan pada saya, yang perlu berubah tu diri saya sendiri, bukan setakat pergi cermin diri depan orang lain dan harapkan dia adalah saya.
Saya hentikan segala pergantungan saya pada manusia, saya beralih pada Allah. Ya, Allah. Yang selama ni saya abaikan, yang selama ni saya tinggalkan, yang selama ni melimpahkan segala kasih sayang dan nikmat tanpa batasan untuk saya tapi DIA jugak yang saya pinggirkan. Allah tunggu, Allah bagi waktu untuk saya kembali pada DIA semula.
Tak pernah walau sekali Allah hilangkan segala kasih sayang untuk saya dalam dunia ni. Tak pernah Allah tinggalkan saya dalam kesusahan. Tak pernah Allah ambil balik segala nikmat yang DIA kurniakan. Tak pernah. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah, Allah tak arahkan malaikat untuk cabut nyawa hamba-Nya yang lupa diri ni.
Allah tunggu saya untuk kembali semula pada DIA. Tunggu waktu untuk saya letakkan sepenuh pergantungan kepada-Nya. Tunggu waktu saya alihkan segala cinta saya pada-Nya. Inilah, KEKASIH YANG AGUNG. Setiap kali solat, automatik air mata ni jadi murah. Allah...tak pernah saya alami perasaan macam ni. Semua perasaan bercampur baur sampai tak tertanggung rasanya.
Saya terbaca satu entry dari sorang rafik. Dia tanya pada sorang kakak tentang macam mana dia boleh nak istiqamah untuk berpurdah. Dan ni jawapan kakak tu.
"Akak fikir satu je,akak nak tinggalkan dunia dan cari cinta Allah.Dalam dunia ni banyak sangat manusia yang baik,yang beriman.Akak nak sangat Allah pandang akak.Ya Allah tolonglah pandang aku!"
boleh baca full entry di sini .
Lepas saya baca, air mata saya mencurah macam air terjun Niagara Falls. Subhanallah, saya pun nak Allah pandang saya. Saya pun nak jugak cinta Allah. Saya nak Allah. Subhanallah Subhanallah...masa ni betul-betul terasa besarnya nikmat bila saya ada Allah dalam hidup saya. Allah segala-galanya.
Saya nekad.
Alhamdulillah saya berpeluang menyambut Ramadhan tahun ni dengan tangisan hidayah. Saya berpeluang mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah2 sunat yang belum pernah saya buat sebelum ni. Saya berpeluang berpisah dengan Ramadhan dalam tangisan kesedihan. Saya berpeluang menangis di hadapan Allah. Dan ni la kali pertama saya betul-betul rasa sambutan Raya sebagai "HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM".
Allah, terima kasih. Terima kasih kerana mengembalikan hamba-Mu ini pada-Mu semula sebelum aku dikembalikan melalui Malaikat Izrail. Subhanallah walhamdulillah....semua pekerjaan hamba-Mu ini terasa benar-benar lancar seolah-olah telah engkau angkatkan segala penghalang di hadapanku. Pertama kali rasa tenang macam ni sebab semuanya saya kembalikan pergantungannya pada Allah.
Tujuan saya kongsikan pengalaman saya kat sini bukan nak mengada-ngada atau nak buat novel sedih.Saya tak reti pun. Cuma saya nak nasihatkan kalau-kalau ada lintasan hati untuk berubah dari kehidupan kita yang sekarang ke arah yang lebih baik, berubahlah.
"Kerana lintasan hati itu untuk kamu"
Wassalam...